Kuala Lumpur: Kerajaan belum mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selagi pendapatan rakyat belum mencapai tahap munasabah dan kos sara hidup masih membebankan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan buat masa ini memberi tumpuan kepada usaha menambah baik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) berdasarkan beberapa pertimbangan utama termasuk kemampuan rakyat, kos pematuhan perniagaan dan keupayaan menjana hasil negara.
"GST cenderung bersifat regresif kepada golongan berpendapatan rendah dan membelanjakan bahagian yang lebih besar daripada pendapatan mereka untuk barangan dan perkhidmatan.
"SST pula memberi ruang kepada pendekatan lebih progresif dan bersasar, di mana kerajaan boleh memilih barang dan perkhidmatan untuk dikenakan cukai," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.






