KUALA LUMPUR: Kepentingan pencarum perlu menjadi pertimbangan utama dalam menentukan hala tuju pelaburan Battersea Power Station di London, United Kingdom (UK), dengan setiap keputusan sama ada meneruskan pegangan, menjual sebahagian aset atau membawa masuk rakan strategik perlu berasaskan prospek pulangan yang munasabah.
Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim, berkata pelabur tidak seharusnya tergesa-gesa melupuskan aset ketika nilainya belum pulih, pada masa sama, perlu mengelakkan suntikan modal tambahan tanpa penilaian jelas terhadap potensi pulangan.
"Keutamaan adalah melindungi kepentingan pelabur, terutama pelabur yang mempunyai pencarum langsung. Kita tidak mahu menjual secara tergesa-gesa ketika nilai aset belum pulih, tetapi tidak boleh juga terus menyuntik modal tanpa prospek pulangan yang munasabah.








