KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 15 tahun (B-15) negara terpaksa akur apabila tumbang 1-3 di tangan China pada aksi suku akhir Tier B Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026, sebentar tadi.
Beraksi di Kompleks Pertandingan Hovsan, Malaysia terlebih dahulu ketinggalan selepas China meledak gol pembukaan pada minit ke-14.
Pemain negara, Anas Suffiyan Arif menyamakan kedudukan dua minit berselang untuk kedudukan 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, China tambah garang apabila meledak dua gol pantas pada minit ke-32 dan ke-34 untuk melengkapkan kemenangan 3-1.









