KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi lima peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi lima peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6 peratus pada suku kedua 2026.
"Dengan pertumbuhan KDNK keseluruhan 2026 diunjur antara 4.8 dan 5.3 peratus, kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi lima peratus," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini
Dalam laporan Anggaran Awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya.








