TUMPAT - Polis Kelantan membuka tiga kertas siasatan berhubung komen melampau di media sosial berkaitan isu Rohingya yang dikhuatiri boleh mencemarkan imej pasukan itu dan menjejaskan ketenteraman awam.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, susulan itu seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan, manakala dua lagi kes masih dalam proses siasatan.Menurut beliau, ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Setakat ini, kita sudah menerima tiga laporan dan membuka tiga kertas siasatan. Seorang sudah ditangkap, manakala dua lagi kes masih dalam proses."Kita sedang membuat pemprofilan terhadap individu terbabit dan akan mengambil tindakan terhadap komen yang melampau sehingga boleh menggugat ketenteraman awam," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu, beliau melakukan tinjauan ke perairan di Sungai Kelantan di sini yang dipercayai menjadi laluan baharu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini selepas pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok ditutup sepenuhnya sejak 1 Disember 2024.Mohd Yusoff memberitahu, tindakan itu bukan bertujuan menyekat kebebasan masyarakat untuk mengkritik atau menegur pihak polis.Sebaliknya kata beliau, ia bagi memastikan teguran yang dilakukan tidak melampaui batas sehingga mencetuskan salah faham dan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu.Menurutnya, pihak polis terbuka menerima kritikan membina bagi tujuan penambahbaikan, namun penghinaan serta tuduhan melampau yang boleh menjejaskan ketenteraman awam tidak akan dipandang ringan."Saya tidak pernah menolak kritikan atau teguran. Kalau teguran itu untuk penambahbaikan dan menjaga kepentingan umum, kita terima."Tetapi jika sampai boleh menjejaskan ketenteraman awam, merosakkan imej pasukan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat, kita akan mengambil tindakan," katanya.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi sekiranya mempunyai aduan atau tidak berpuas hati dengan tindakan polis.Mohd Yusoff menegaskan pihak polis akan terus menjalankan tugas secara profesional, berintegriti dan adil demi menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, khususnya di Kelantan.
Komen melampau isu Rohingya: Polis Kelantan buka tiga kertas siasatan, seorang ditahan

Key takeaways
Polis Kelantan membuka tiga kertas siasatan terhadap komen melampau mengenai isu Rohingya, dengan seorang lelaki ditahan.
- Tiga kertas siasatan dibuka mengikut beberapa akta yang berkaitan.
- Seorang lelaki ditahan manakala dua kes lain masih dalam siasatan.
- Polis menekankan tindakan mereka untuk mengelakkan salah faham dan menjaga ketenteraman awam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Komen melampau isu Rohingya: Polis Kelantan buka tiga kertas siasatan, seorang ditahan (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F07%2Fa52d5d26746db717d8c9972b8bdd86cd.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

