SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu dalam landskap politik negara berikutan Pakatan Harapan (PH) pernah melaksanakan kerjasama politik pada 2021.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, PH menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan ketika itu bagi memastikan kestabilan politik serta kelancaran pentadbiran negara.Menurut beliau, kerjasama politik seperti itu merupakan situasi menang-menang kepada pihak yang terlibat demi kepentingan rakyat."Pihak yang menandatangani perjanjian mendapat manfaat, manakala kerajaan memperoleh kestabilan untuk melaksanakan agenda reformasi serta pembangunan negara."Namun, pemenang paling besar mestilah rakyat, kerana akhirnya setiap persefahaman politik perlu diterjemahkan kepada manfaat dan kesejahteraan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Seramai enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memeterai CSA dengan Kerajaan Madani bersama tujuh anggota Parlimen lain dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Pemeteraian memorandum tersebut melibatkan kerajaan Persekutuan yang diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Turut menyaksikan majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang boleh diberikan menerusi CSA, sama seperti perjanjian yang dimeterai dengan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi ketua pembangkang.
CSA bukan perkara baharu dalam politik negara - Fuziah

Key takeaways
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, menyatakan bahawa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu kerana Pakatan Harapan pernah melaksanakan kerjasama politik serupa pada 2021 untuk memastikan kestabilan negara.
- PH menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik pada 2021 bagi menjamin kelancaran pentadbiran.
- Fuziah Salleh menegaskan bahawa rakyat adalah penerima manfaat utama daripada sebarang persefahaman politik.
- Enam Ahli Parlimen Bersatu memeterai CSA dengan Kerajaan Madani yang diwakili Timbalan Perdana Menteri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) ULASAN | Literasi politik bukan terhad di peti undi
- Malaysiakini (BM) K'jaan Madani selesai 12 daripada 16 perkara dalam MA63 - Mustapha
- Berita Harian Cadangan Universiti Sains Sukan bukan perkara baharu
- Harian Metro CSA landasan perkukuh kestabilan politik negara - PM
- Sinar Harian CSA bukan perkara baharu dalam politik negara - Fuziah (this story)







