DARI medan berita ke padang bola sepak, pengamal media dan warga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bertemu dalam aksi persahabatan bola sepak yang menyatukan dua skop tugas berbeza.Perlawanan bermula jam 8 malam tersebut bukan sekadar medan menunjukkan kehebatan di padang, tetapi juga platform mengeratkan hubungan antara penguat kuasa dan pengamal media dalam suasana santai dan mesra.Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, perlawanan persahabatan bola sepak antara kedua-dua pasukan berlangsung dengan semangat kesukanan dan ukhuwah.Menurutnya, perlawanan ini dianjurkan sempena Hari Sukan Negara (HSN) dan menyahut budaya pupuk kesihatan khususnya kepada pegawai dan anggota jabatan."Di samping mengeratkan hubungan antara pihak JIM dan rakan media, ini juga memperkukuh kerjasama strategik dalam penyampaian laporan berita secara beretika dan profesional."Ini sekali gus memastikan komunikasi dua hala yang lebih positif antara kami dengan wartawan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Padang Arena Sukan Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Pasukan media dibarisi daripada pelbagai agensi antaranya Sinar Harian, The Star, Harian Metro, New Straits Times, Bernama, TV3 dan Utusan Malaysia.Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua pasukan media bertemu aksi perlawanan persababatan dengan JIM Kuala Lumpur.