London: Bekas kapten Manchester United, Gary Neville percaya pengurus kadangkala perlu dipecat demi kebaikan mereka sendiri ketika masa depan Michael Carrick terus menjadi tanda tanya susulan prestasi buruk The Red Devils musim ini.

Carrick kini berdepan tekanan hebat selepas United gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir, termasuk kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth di laman sendiri, Ahad lalu.

Keputusan itu menyaksikan gergasi England berkenaan hanya satu mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas mengutip tujuh mata daripada lapan perlawanan liga, permulaan terburuk mereka dalam tempoh 40 tahun.

United hanya menang dua daripada 12 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, namun Carrick masih diberi kepercayaan mengendalikan pasukan dan dijangka mengadakan sidang media menjelang pertemuan menentang Chelsea, Sabtu ini.