KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, MyEG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia Zetrix AI memaklumkan taksiran tersebut adalah berkaitan dengan penentuan harga pindahan berjumlah RM333.10 juta dan faedah yang dianggap terakru berjumlah RM20.02 juta bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023, termasuk penalti."Surat yang sama turut memaklumkan MyEG bahawa kerajaan Malaysia telah memfailkan saman sivil terhadap MyEG berhubung perkara ini," maklumnya.Menurut Zetrix AI, MyEG yakin dengan kewajaran pendiriannya dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi kepentingannya, termasuk mempertahankan pendirian tersebut melalui saluran undang-undang yang sewajarnya apabila perlu.Pada masa yang sama, MyEG juga telah memfailkan rayuan untuk mencabar taksiran cukai pendapatan tambahan tersebut di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, di samping berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dengan LHDN."Syarikat akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembangan penting berhubung prosiding undang-undang tersebut," maklumnya.Sementara itu, dalam satu makluman berasingan, Zetrix AI memaklumkan ia masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan berhubung satu laporan berita dua hari lepas yang mendakwa kerajaan merancang untuk menyaman Zetrix AI berhubung tunggakan berjumlah RM314 juta.Menurutnya, syarikat itu akan membuat pengumuman yang sewajarnya mengenai sebarang perkembangan penting apabila masanya. - Bernama
MyEG dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan RM353.13 juta, saman sivil

Key takeaways
MyEG Sdn Bhd dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan RM353.13 juta, termasuk penalti, dan kerajaan telah memfailkan saman sivil terhadapnya.
- Taksiran berkaitan penentuan harga pindahan RM333.10 juta dan faedah RM20.02 juta bagi tahun 2021‑2023.
- MyEG telah memfailkan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.
- Zetrix AI menegaskan keyakinan dan akan mempertahankan pendirian melalui proses undang‑undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian MyEG dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan RM353.13 juta, saman sivil (this story)








