SHAH ALAM - Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, kini menggunakan identiti baharu, seeNI dalam usaha memperluas peluang pertumbuhan perniagaan menerusi kandungan, bakat kreatif dan kerjasama komersial.Peralihan itu menyatukan portfolio jenama media syarikat itu di bawah satu identiti bagi memudahkan pengiklan dan agensi mengakses pelbagai platform, komuniti serta kepakaran kreatif.Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, perubahan itu bukan sekadar penjenamaan semula, sebaliknya mencerminkan aspirasi syarikat untuk membangunkan ekosistem media lebih bersepadu."Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama, sebaliknya ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem lebih bersepadu sekali gus mewujudkan nilai lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial."Menerusi komuniti, kandungan dan komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Antara jenama media di bawah portfolio seeNI ialah Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma, selain seeNI Creator Academy.Hala tuju baharu itu diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City, yang turut mengetengahkan barisan kandungan pada tahun depan, bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri.Berpandukan slogan 'More Begins Here', seeNI berhasrat menjadi platform bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak pilihan kandungan dan membuka ruang pertumbuhan perniagaan menerusi kerjasama merentas pelbagai platform.Mengulas lanjut, Syamil Fahim memberitahu, keutamaan syarikat dalam fasa baharu itu adalah memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan lebih mampan.Selain itu, katanya, menerusi seeNI Collective, syarikat itu turut menjalin kerjasama dengan TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan.Ujar beliau, Kerjasama dengan Komet Productions pula memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, manakala kolaborasi bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) merangkumi bidang fesyen serta gaya hidup.Tambah beliau, seeNI turut memperkenalkan seeNI Talent bagi memadankan bakat bersesuaian dengan keperluan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan mereka untuk terlibat.
Nu Ideaktiv kini dikenali sebagai seeNI

Key takeaways
Nu Ideaktiv Sdn Bhd, usaha sama Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, kini menggunakan identiti baharu seeNI bagi menyatukan portfolio media dan meluaskan peluang pertumbuhan perniagaan.
- Peralihan ini bertujuan menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem bersepadu.
- Portfolio seeNI merangkumi jenama seperti Media Hiburan, NONA, Remaja dan seeNI Creator Academy.
- Hala tuju baharu ini diperkenalkan menerusi acara The New World of seeNI di D’Theatre Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








