BERMULA dengan bimbingan bapanya ketika berusia tujuh tahun, minat Haziq Haiqal Daus terhadap hoki kini membawanya merentasi benua apabila berpeluang menyarung jersi kelab Jerman, HTC SW Bonn.Pemain berusia 23 tahun kelahiran Sandakan, Sabah itu kini beraksi dalam Liga Hoki Jerman Divisyen Tiga, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan kariernya sebagai atlet selepas mendapat peluang berkenaan menerusi jurulatih hoki Universiti Teknologi MARA (UiTM).Haziq Haiqal antara tiga pemain Malaysia yang diberi peluang menimba pengalaman bersama kelab berkenaan, sekali gus merasai sendiri cabaran beraksi dalam persekitaran hoki Eropah.Berkongsi kisahnya ketika ditemui pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105, beliau berkata, penglibatannya dalam sukan itu bermula hasil dorongan bapanya, Daus Sultan, 55, yang pernah mewakili Sabah dalam hoki dan kini bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di Beluran, Sabah."Sejak umur tujuh tahun lagi, ayah sudah melatih saya bermain hoki. Daripada ayahlah saya mendapat segala ilmu dan kemahiran dalam sukan ini," katanya.Anak ketiga daripada empat beradik itu mula menjalani latihan dan pembangunan sukan secara lebih tersusun apabila memasuki Sekolah Sukan Sabah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.Beliau kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, Johor, yang memberinya ruang lebih luas untuk mengasah kemahiran menerusi penyertaan dalam pelbagai kejohanan di Semenanjung Malaysia.Pengalaman beraksi pada peringkat kompetitif itu turut membuahkan hasil apabila beliau membantu Johor meraih pingat perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, selain membawa pasukan sekolah muncul naib juara Liga Hoki Remaja Malaysia.Pencapaian berkenaan menjadi antara batu loncatan buat Haziq Haiqal untuk meneruskan perjalanan dalam sukan dan pendidikan apabila ditawarkan tempat di UiTM pada 2021 menerusi program Diploma Pengajian Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).Walaupun mempunyai beberapa pilihan institusi pengajian, beliau memilih UiTM kerana tertarik dengan pembangunan hoki universiti itu yang dilihat mampu membantunya meningkatkan prestasi serta mengembangkan potensi sebagai pemain.Sepanjang mewakili UiTM, Haziq Haiqal turut memperoleh pengalaman beraksi dalam Liga Hoki Malaysia selama dua musim berturut-turut, iaitu 2023/2024 dan 2024/2025, dengan pasukannya menamatkan kedua-dua kempen di tempat keempat.Bagaimanapun, pencapaian paling bermakna bersama pasukan universiti itu hadir pada 2025 apabila beliau membantu UiTM menjuarai Varsity Championship selepas menewaskan Universiti Putra Malaysia (UPM).Kejayaan tersebut turut menamatkan penantian lebih sedekad UiTM untuk kembali menjulang kejuaraan berkenaan.Peluang ke Eropah di luar jangkaanMenceritakan detik yang membawanya ke Jerman, Haziq Haiqal berkata, peluang itu hadir tanpa diduga apabila jurulatih hoki UiTM menghubunginya untuk memaklumkan tawaran beraksi dalam saingan Divisyen Tiga negara berkenaan
Dari Sandakan ke Jerman, Haziq buru impian hoki

Key takeaways
Haziq Haiqal Daus, dari Sandakan, kini bermain di Liga Hoki Jerman Divisyen Tiga setelah didorong oleh bapanya sejak kecil.
- Haziq memulakan minat hoki sejak berusia tujuh tahun dengan bimbingan bapanya.
- Beliau bermain di Liga Hoki Jerman Divisyen Tiga selepas mendapat peluang dari UiTM.
- Haziq pernah membantu Johor meraih pingat perak dalam SUKMA 2022.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZURAIMEE ZAINAL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Jangan rendah diri, buru impian dalam sepak takraw
- Harian Metro Dari Leipzig ke Real, Diomande buru kegemilangan
- Berita Harian Zii Jia buru momentum di Jerman
- Harian Metro Zii Jia buru momentum terbaik di Jerman
- Sinar Harian Dari Sandakan ke Jerman, Haziq buru impian hoki (this story)









