Tumpat: Polis meminta orang ramai terutama yang tinggal berhampiran sempadan supaya membuat laporan sekiranya menerima ugutan atau ancaman keselamatan daripada penyeludup.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk membuat laporan sebaliknya memberi jaminan perlindungan terhadap saksi atau pengadu boleh dimohon.

"Nasihat saya agar masyarakat yang menerima ugutan (dari penyeludup) untuk tampil membuat laporan bagi pihak kami jalankan siasatan.

"Kalau dedah di media sosial (mengenai kegiatan penyeludupan) dia pun terima ancaman, lebih baik buat aduan (polis), akhirnya dapat buat tangkapan.