Kuala Lumpur: Legasi cemerlang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mendominasi pentas bola sepak tempatan wajar dijadikan penanda aras utama buat seluruh penggiat sukan tanah air.

Bekas pemain tengah pasukan itu, Safiq Rahim berpandangan acuan pemodenan dan struktur profesional yang diterapkan Harimau Selatan adalah kompas terbaik untuk mematangkan industri bola sepak negara.

Justeru, bekas tonggak tengah Harimau Malaya itu menyifatkan pencapaian cemerlang kelab berkenaan patut dijadikan sumber rujukan utama oleh pihak pengurusan mahupun akar umbi yang bercita-cita melonjakkan mutu permainan masing-masing.

"JDT ini untuk semua dan bukan hanya untuk penyokong JDT sahaja, sebaliknya buat seluruh peminat bola sepak di Malaysia.