Kuala Lumpur: Memasuki hari ke-12 pemergian ibu tersayang, pelakon, Syafiq Kyle, mendedahkan dia menemui sebuah topi kecil yang sempat dikait arwah.
Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34, berkata isterinya, Mimi Lana, membeli set kelengkapan mengait buat arwah ibunya kira-kira tiga bulan sebelum pemergiaannya buat selamanya.
"Isteri saya memaklumkan arwah ibu pernah mengait baju anak-anak sewaktu kecil. Jadi, isteri saya beli satu set kelengkapan mengait menerusi platform dalam talian untuk diberikan kepada arwah ibu.
"Dua bulan terakhir sebelum arwah ibu pergi, arwah ibu banyak habiskan masa mengait di dalam bilik memandangkan keadaannya yang kurang sihat dan tidak boleh banyak bergerak.








