SHAH ALAM - Hampir 10 tahun selepas terselamat daripada tragedi pembunuhan kejam yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya, Noor Haslinda Diyana Hassan, 36, memilih untuk meneruskan kehidupan dengan berbakti kepada orang lain sebagai jururawat anestesia.Menurut wanita berasal dari Melaka itu, pengalaman pahit yang dilaluinya bukan alasan untuk terus terperangkap dalam kesedihan, sebaliknya menjadi titik tolak untuk membina kekuatan diri dan meneruskan kehidupan dengan penuh makna.Noor Haslinda berkata, sokongan keluarga, rakan-rakan serta tanggungjawab terhadap pesakit banyak membantunya bangkit sedikit demi sedikit daripada fasa sukar selepas tragedi yang berlaku pada 2016."Mindset. Jangan sedih dengan apa yang jadi, reda. Perkara yang banyak membantu saya keluar daripada fasa sukar itu ialah sokongan orang di sekeliling, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat."Selain itu, pekerjaan saya sebagai jururawat juga banyak membantu saya untuk terus kuat kerana saya mempunyai tanggungjawab terhadap pesakit dan orang lain," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.Sebelum ini, Noor Haslinda turut berkongsi beberapa video menerusi Tik Tok dengan memaparkan keadaan terkini dirinya ketika bekerja selepas kehilangan beberapa jari akibat tragedi berkenaan kira-kira 10 tahun lalu.Antara video yang dikongsikan menerusi akaun @kaptenhook21 ialah rakaman dirinya sedang menulis yang meraih 443,500 tontonan dan 8,052 tanda suka.Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sidang Said, Kampung Bertam Malim, Melaka, pada awal pagi itu, ibu, Mariah Baharim, 61; bapa Hassan A Wahab, 70, dan adik lelaki, Muhammad Taufeq Hassan, 22, terbunuh.Noor Haslinda dan seorang lagi anak perempuan pasangan itu, Nur Aqedah Aeina Hassan turut menjadi mangsa serangan menggunakan parang panjang, namun kedua-duanya terselamat.Mengimbas proses pemulihan dirinya, Noor Haslinda berkata, dia belajar menerima keadaan, menjalani kehidupan satu hari pada satu masa dan tidak memaksa diri untuk pulih dalam tempoh singkat.Menurutnya, doa, sokongan insan tersayang dan kepercayaan terhadap kekuatan diri sendiri membantunya menyedari bahawa dia masih mempunyai nilai serta kemampuan untuk meneruskan kehidupan."Saya percaya setiap fasa sukar ada hikmahnya. Dengan doa, sokongan orang tersayang dan kekuatan dalam diri sendiri, saya mula belajar untuk bangkit semula dan percaya bahawa saya masih mempunyai nilai serta kemampuan untuk terus melangkah," kongsinya.Lebih menyentuh hati, kenangan serta didikan arwah ibu dan ayah turut menjadi sumber kekuatan terbesar buat dirinya untuk terus bertahan meskipun kedua-duanya sudah tiada.Menurut beliau, nilai kehidupan yang diterapkan ibu bapanya, termasuk menjadi seorang yang kuat, jujur, bertanggungjawab dan tidak mudah mengalah, terus dipegang sehingga hari ini."Kadangkala saya rasa sangat penat dan tertanya-tanya bagaimana saya mahu meneruskan hidup. Tetapi saya akan teringat didikan dan pengorbanan mereka."Saya fikir, kalau mereka masih ada, t
Ibu, ayah dan adik maut ditetak: 'Saya akan terbayang tragedi itu jika blackout'

Key takeaways
Noor Haslinda Diyana Hassan, 36, yang terselamat daripada pembunuhan kejam tiga ahli keluarganya pada 2016, kini meneruskan kehidupan sebagai jururawat anestesis. Beliau menyatakan bahawa sokongan orang terdekat dan tanggungjawab terhadap pesakit membantunya bangkit daripada trauma.
- Ibu, bapa dan adik Noor Haslinda terbunuh dalam serangan di Melaka pada 2016.
- Noor Haslinda kehilangan beberapa jari akibat tragedi tersebut.
- Beliau berkongsi video aktiviti harian di TikTok yang meraih ratusan ribu tontonan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ibu, ayah dan adik maut ditetak: 'Saya akan terbayang tragedi itu jika blackout' (this story)









