SEOUL – Kuching City terus buntu untuk mencari kemenangan sulung di pentas Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) selepas tewas 0-1 kepada kelab Korea Selatan, Gangwon FC di Stadium Gangneung, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan misi wakil negara itu untuk meraih hasil lebih positif pada penampilan sulung di pentas Asia tidak kesampaian sebaliknya bakal berdepan cabaran berliku memandangkan The Cats kini berada di tempat tercorot Kumpulan H dengan satu mata.
Sebaliknya, ia menghadirkan khabar gembira buat Gangwon FC yang kini lega meraih kemenangan pertama sekali gus mencerahkan lagi peluang untuk memburu tempat ke pusingan seterusnya.








