London: Penyerang Liverpool, Alexander Isak mengakui masih banyak kelemahan perlu diperbaiki pasukannya selepas berjaya membantu The Reds menewaskan Brentford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi.

Isak meledak gol kemenangan pada minit ke-70 ketika Liverpool mengambil kesempatan daripada kelebihan pemain selepas Yehor Yarmoliuk dilayangkan kad merah kerana menanduk Jeremy Jacquet sebelum rehat.

Brentford terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Keane Lewis-Potter sebelum Victor Munoz menyamakan kedudukan buat Liverpool.

Gol itu juga menjadi jaringan kelima Isak musim ini selepas penyerang Sweden berkenaan kembali daripada kecederaan.