SUNGAI SIPUT - Sebuah sekolah menengah di sini mengalami kerugian kira-kira RM9,000 apabila komputer riba dan wang tunai dilarikan selepas dipecah masuk pada Ahad.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, kejadian di bilik kaunseling itu berlaku jam 1.10 pagi.Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati seorang individu tidak dikenali memakai topeng, topi dan sarung tangan berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku."Pihak sekolah menyedari kejadian itu kira-kira jam 7.50 pagi pada Isnin ketika seorang guru hendak memasuki bilik kaunseling berkenaan."Pemeriksaan mendapati bilik berkenaan dalam keadaan berselerak, manakala pintu masuk dan almari tempat menyimpan barangan berharga diumpil," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.Beliau berkata, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah tiga komputer riba serta sebuah pemacu keras luaran.Katanya, wang tunai bernilai lebih RM5,000 turut dilaporkan hilang masing-masing melibatkan tabung sekolah dan wang kebajikan murid."Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian menemukan satu cap jari pada pintu masuk bilik kaunseling berkenaan."Hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan pula mendapati, tiada sebarang perkara mencurigakan disedari semasa kejadian berlaku," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Individu bertopeng pecah masuk sekolah

Key takeaways
Sebuah sekolah menengah di Sungai Siput mengalami kerugian kira-kira RM9,000 selepas bilik kaunseling dipecah masuk pada Ahad. Suspek bertopeng melarikan tiga komputer riba, pemacu keras luaran dan wang tunai lebih RM5,000.
- Kejadian berlaku pada 1.10 pagi dan disedari oleh guru pada 7.50 pagi hari Isnin.
- Rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai topeng, topi dan sarung tangan ketika melakukan rompakan.
- Pemeriksaan di lokasi menemui satu cap jari pada pintu masuk bilik kaunseling tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Polis sedang kenal pasti individu hantar bungkusan mencurigakan ke sekolah
- Malaysiakini (BM) Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri
- Sinar Harian Individu bertopeng pecah masuk sekolah (this story)
- Utusan Malaysia Wang tunai, tiga komputer riba hilang kes pecah masuk sekolah









