SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa ahli Parlimen pembangkang menjadi landasan memperkukuh kestabilan politik serta memastikan urusan pentadbiran negara berjalan lancar.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian itu juga membuka ruang kepada pelaksanaan agenda pembangunan negara termasuk Belanjawan 2027 secara berkesan demi kepentingan rakyat."Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik."Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, kerajaaan menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Anwar berkata, persefahaman yang ditemeterai itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
CSA dengan Bersatu, pembangkang pastikan pentadbiran negara berjalan lancar - Anwar

Key takeaways
Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Bersatu dan pembangkang memperkukuh kestabilan politik dan memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
- CSA ditandatangani dengan Bersatu dan ahli Parlimen pembangkang untuk memperkukuh kestabilan politik.
- Perjanjian ini membuka ruang untuk pelaksanaan agenda pembangunan negara secara berkesan.
- Anwar menekankan pentingnya kepentingan negara di atas kepentingan politik sempit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) CSA: Mengapa dua Adun DAP Selangor sedia bekerjasama dengan Bersatu?
- Free Malaysia Today CSA tiada kaitan pakatan PRN Melaka dengan PH, kata Bersatu
- Harian Metro CSA bukan bermakna bergabung dengan PH - BERSATU
- Berita Harian CSA bukan bermakna bergabung dengan PH - BERSATU
- Sinar Harian CSA dengan Bersatu, pembangkang pastikan pentadbiran negara berjalan lancar - Anwar (this story)








