Kuala Lumpur: BERSATU menegaskan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) bukan bermaksud parti itu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau menyertai kerajaan.
Menerusi hantaran di Facebook, BERSATU berkata perjanjian itu adalah kerjasama rentas parti berasaskan tuntutan dasar demi kestabilan negara dan kebajikan rakyat di mana struktur politik kedua-dua pihak kekal berasingan.
"CSA ialah satu instrumen politik matang di mana Ahli Parlimen bukan kerajaan memberikan sokongan bersyarat kepada kerajaan.
"Kerjasama berstruktur itu merangkumi sokongan terhadap undi percaya kepada Perdana Menteri, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan serta usul dan rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat.








