Spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama pilihan raya antara PH dan Bersatu pada PRN Melaka tercetus selepas pemimpin kedua-dua pihak menghadiri jamuan tertutup pada 28 Sept.KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) yang dimeterai dengan kerajaan persekutuan hari ini tiada kaitan dengan kemungkinan kerjasama pilihan raya antara parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka.

“Itu perkara berasingan. Ia tiada kaitan dengan perjanjian ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di Parlimen hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Bersatu kini akan menjalinkan kerjasama pilihan raya dengan PH di Melaka.