PUTRAJAYA – Pendedahan mencetuskan kecaman, pelakon Datuk Ziela Jalil menegaskan kemunculannya di sebuah program audio siar sekadar mahu berkongsi mengenai kehidupan, bukan meraih sensasi atau simpati.
Ziela atau nama sebenar Norzilah Abdul Jalil, 55, mengakui tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika diajukan soalan melibatkan bekas madu, Puan Seri Faizah Shuaib yang membuatkannya berkongsi kisah lalu.
“Apabila diundang ke sebuah podcast untuk bercerita perihal kehidupan, saya sebenarnya memang tak nak sentuh hal siapa-siapa, cuma mahu cerita tent










