Timbalan Menteri Besar Kelantan Fadzli Hassan berkata, tindakan telah diambil terhadap beberapa buah syarikat yang diberikan permit penerokaan tetapi didapati jalankan aktiviti perlombongan haram.KOTA BHARU: Dua syarikat tempatan yang memperoleh lesen pengeluaran unsur nadir bumi (REE) di Kelantan, dijangka memulakan pelombongan mineral itu tahun depan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Fadzli Hassan berkata, kedua-dua syarikat itu akan melaksanakan aktiviti itu dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ketika ini, katanya, kedua-dua syarikat itu berada pada peringkat akhir proses mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Kita sudah ada dua syarikat tempatan berlesen untuk melaksanakan pengeluaran REE. Kita juga ada kaedah tersendiri untuk memasarkan hasil yang diperoleh kelak,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F11%2F8bb5f4a1d38a22be89289326eaf576be.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
