Tokoh korporat, Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Mubarak Hussain Akhtar Hussin, terima notis pengisytiharan harta daripada SPRM.PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerintahkan tokoh korporat, Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Mubarak Hussain Akhtar Hussin, supaya mengisytiharkan harta.

Nazir hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk menerima notis pengisytiharan harta pada 20 Okt manakala Mubarak menerima notis berkenaan di rumah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

SPRM sedang menyiasat adik-beradik berkenaan atas dakwaan penyelewengan dana dan penyalahgunaan kuasa dalam satu urus niaga pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.