KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis pengisytiharan harta kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dan abangnya, Datuk Mubarak Hussain pada 20 Oktober lalu.

Nazir Hussin hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk menerima notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, manakala Mubarak Hussain menerima notis itu di kediamannya.

Ketua Pesuruhjaya, SPRM Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, dan menyatakan kedua-dua mereka telah akur untuk menerima notis berkenaan.

Pada 14 Oktober lalu, SPRM memanggil Nazir Hussin, isteri dan pembantunya bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.