PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 kepada bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin dan abangnya, Datuk Mubarak Hussain Akhtar Husin bagi tujuan pengisytiharan harta pada 20 Oktober lalu.Nazir hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menerima notis berkenaan, manakala abangnya menerima notis tersebut di kediamannya.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kedua-dua individu terbabit akur menerima notis berkenaan.Sebelum ini, Nazir dan abangnya direman lima hari sehingga 6 Oktober lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan serta penyalahgunaan kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.SPRM kemudian membebaskan Mubarak dengan jaminan setelah tempoh remannya tamat, manakala reman terhadap Nazir disambung selama dua hari sehingga 7 Oktober.Susulan penahanan dua tokoh tersebut, SPRM menyita 15 unit kereta mewah bernilai kira-kira RM31 juta, 12 unit motosikal berkuasa tinggi bernilai kira-kira RM5 juta, lima unit jam tangan mewah, tiga unit gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.
Nazir Hussin, abang terima notis pengisytiharan harta

Key takeaways
SPRM menyerahkan notis pengisytiharan harta kepada Nazir Hussin dan abangnya, Mubarak, selepas reman lima hari berkaitan dakwaan penyelewengan pelaburan RM10 juta. SPRM menyita 15 kereta mewah, 12 motosikal, jam tangan, gelang dan wang tunai.
- SPRM menyerahkan notis Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 kepada Nazir Hussin dan Mubarak Husin.
- Reman 5 hari bagi kedua-dua individu, dengan penahanan Nazir berlanjutan dua hari.
- SPRM menyita 15 kereta mewah (RM31 juta), 12 motosikal (RM5 juta), jam tangan, gelang dan RM30,000 tunai.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Nazir Hussin, abang mohon sekat SPRM ketahui aset
- Sinar Harian Nazir Hussin, abang terima notis pengisytiharan harta (this story)









