Dewan Rakyat meluluskan RUU Perbekalan 2027 menerusi undian suara. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2027, yang juga dikenali sebagai Belanjawan 2027, diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat menerusi undian suara.
RUU itu diluluskan selepas Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan selesai menyampaikan ucapan penggulungan.
Ia akan dibawa ke perbahasan peringkat jawatankuasa, di mana Ahli-Ahli Parlimen akan meneliti dan mebahaskan cadangan peruntukan bagi setiap kementerian.
Perbahasan peringkat jawatankuasa dijadualkan bermula pada Isnin sehingga 26 Nov. RUU itu seterusnya perlu melepasi bacaan ketiga.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F03%2F78634ef19c5f70e32f4b5c6ccdb4f46c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)