KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan tahanan di rumah yang memberi tumpuan kepada banduan reman kini berada di peringkat akhir penelitian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ketika ini tiada peruntukan undang-undang khusus di bawah KDN atau Jabatan Penjara yang membolehkan seseorang banduan menjalani hukuman pemenjaraan di kediaman sendiri menerusi mekanisme tahanan di rumah.
"KDN sedang menggubal RUU berkaitan tahanan di rumah yang memberikan tumpuan kepada banduan reman, yang kini berada di peringkat akhir penelitian oleh kementerian dan AGC," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.








