KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 12 Oktober.Rang undang-undang yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 9 Oktober itu, diluluskan menerusi undian suara dengan lebih suara bersetuju.Belanjawan 2027 dengan tema "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, menggariskan lapan lunas utama merangkumi komitmen untuk kehidupan rakyat lebih baik sehingga ke agenda memperkukuh daya tahan dan masa depan negara.Belanjawan kelima di bawah Kerajaan MADANI itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion, selain RM25 bilion pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM11 bilion pelaburan awam-swasta serta RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).Ini menjadikan keseluruhan Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang sebanyak RM510 bilion.Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU berkenaan pada peringkat jawatankuasa dijadual berlangsung dari 2 hingga 26 November ini. - Bernama
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 peringkat dasar

Key takeaways
Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2027 pada peringkat dasar selepas perbahasan yang bermula pada 12 Oktober. Belanjawan kelima Kerajaan MADANI ini menggariskan lapan lunas utama dengan tema 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi'.
- Peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion termasuk pelaburan GLIC, awam-swasta dan MKD.
- Jumlah keseluruhan belanjawan mencapai RM510 bilion menerusi dasar fiskal mengembang.
- RUU Perbekalan 2027 dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 peringkat dasar (this story)
- Free Malaysia Today RUU Perbekalan 2027 lulus peringkat dasar








