KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Syarikat itu membangunkan perbandaran bersepadu serta projek hartanah di Johor, Melaka dan Selangor, dengan disokong oleh keupayaan pembinaan dalaman, menurut kenyataan syarikat berkenaan.

IPO Parkland akan merangkumi 621.54 juta saham, mewakili kira-kira 26.3 peratus daripada modal saham terbitannya yang diperbesarkan kepada 2.36 bilion saham selepas penyenaraian.

Ia terdiri daripada terbitan awam sebanyak 468.14 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan sebanyak 153.40 juta saham sedia ada.