Sepang: Pelumba Aprilia Racing yang juga pencabar kejuaraan kelas perdana MotoGP, Jorge Martin mendapat lampu hijau untuk menyertai sesi latihan bebas pertama (FP1) Grand Prix (GP) Malaysia, esok.
Doktor MotoGP, Angel Charte memberikan kebenaran kepada pelumba Aprilia itu untuk kembali menunggang jentera selepas dia berjaya melepasi pemeriksaan kecergasan hari ini.
Bagaimanapun, Martin perlu menjalani pemeriksaan lanjut selepas FP1, esok sebelum diberikan kebenaran untuk meneruskan perlumbaan bagi baki hujung minggu.
"Jorge Martin menjalani pemeriksaan perubatan hari ini oleh Pasukan Perubatan Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM dan disahkan cergas untuk menyertai FP1. Dia akan diperiksa semula selepas sesi itu," kata Aprilia dalam satu kenyataan ringkas.









