KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd hari ini menjelaskan bahawa Perjanjian Kerjasama yang dimeterainya dengan Zetrix AI Bhd pada 16 April 2024 merupakan kerjasama sementara untuk meneroka peluang berpotensi dalam penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia.

Bagaimanapun, perjanjian itu telah tamat tempoh dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak melanjutkannya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Sehubungan itu, tiada kerjasama berterusan di antara HeiTech Padu dengan Zetrix berhubung projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) di bawah Perjanjian Kerjasama berkenaan.

"Tempoh perjanjian yang ditamatkan itu tidak memberi sebarang kesan material terhadap pelaksanaan dan penyampaian projek NIISe," tambah syarikat berkenaan.