Kuala Lumpur: Dua sindiket penipuan dalam talian dipercayai mengaut untung RM6 juta dalam tempoh hanya dua bulan, ditumpaskan menerusi serbuan di kondominium mewah dan banglo sekitar Lembah Klang.
Hasil serbuan itu, 64 warga asing ditahan dipercayai terbabit sindiket yang beroperasi dari empat unit kondominium mewah di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, serta dua banglo di The Mines, Seri Kembangan.
Berdasarkan maklumat, sindiket dipercayai menjana pendapatan antara RM100,000 hingga RM150,000 sehari dengan menyasarkan mangsa menerusi skim pelaburan palsu dan tawaran perkhidmatan yang tidak wujud.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi dua hari pada 28 dan 29 Oktober itu membawa penahanan 44 warga China, 19 warga Vietnam dan seorang warga Myanmar.








