Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.
Pasangan ranking ke-24 dunia itu mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan keempat kejohanan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dari Taiwan menerusi kemenangan straight set 21-9, 21-16 dalam tempoh 25 minit pada aksi pusingan kedua di Saarlandhalle.
Kejayaan itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan berturut-turut selepas turut melakukannya pada Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis sebelum ini.
Di Denmark, pasangan negara itu mara sehingga separuh akhir sebelum muncul naib juara Terbuka Perancis, Ahad lalu.








