Kuala Lumpur: Sesi penggulungan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini berakhir kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan tidak dibenarkan bangun untuk bertanyakan soalan tambahan.
Terdahulu pada sesi itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) meminta Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memberikan jawapan berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sebaik saja jawapan diberikan, Shahidan sekali lagi bangkit sebelum dihalang oleh Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang meminta beliau untuk duduk.
"Speaker tadi tak bagi Kampar, tak bagi jugaklah dekat Arau. Arau duduk," katanya.









