Kuala Lumpur: ASEAN mesti memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dan ancaman keselamatan menerusi kerjasama erat, penyelarasan tindak balas serantau serta perpaduan dalam mendepani ketegangan geopolitik semakin meningkat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan bahawa negara anggota perlu lebih proaktif memperkukuh keupayaan dan melindungi rakyat bagi mendepani ancaman rantau yang semakin kompleks serta berpotensi membawa kemusnahan besar.

Katanya, ancaman bukan tradisional bukan lagi kemungkinan yang jauh, sebaliknya semakin nyata, berulang dan sukar diketepikan.

"Tiada negara anggota ASEAN, tanpa mengira sumber yang dimiliki, mampu menangani cabaran itu secara bersendirian.