Persediaan murid menghadapi keadaan seperti jerebu boleh diperkasa menerusi sukatan pelajaran sedia ada, termasuk aktiviti kokurikulum.PETALING JAYA: Pakar menyokong cadangan menerapkan kemahiran kemandirian dan daya tahan di sekolah bagi membantu pelajar menghadapi bencana serta kecemasan, tetapi berpandangan ia tidak memerlukan subjek baharu.
Pakar perundangan kanak-kanak dan keluarga, Noor Aziah Mohd Awal berkata kemahiran itu memadai diperkukuh melalui sukatan pelajaran sedia ada, termasuk aktiviti kokurikulum.
“Tidak perlu sampai menambah subjek baharu kerana bagi saya, ia akan membebankan pelajar. Sebaliknya, kemahiran menghadapi bencana boleh diajar pada waktu tertentu,” katanya kepada FMT.







