SERAMAI 200 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat diberi pendedahan mengenai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan digital menerusi Program Future-Ready Young Leaders: Confident Communication and Digital Entrepreneurship.
Peserta terdiri daripada 150 pelajar Tingkatan Enam, 24 pelajar Tingkatan Lima Alfa dan 26 pelajar Tingkatan Lima Gamma yang mengikuti program berkenaan sebagai persediaan menghadapi tuntutan teknologi digital yang semakin berkembang.
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahmad Rusydi Daniel Cheng Abdullah berkata, program berkenaan dirangka bagi membentuk generasi muda yang lebih yakin berkomunikasi, berdaya saing serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI).








