JAKARTA – Seorang lelaki di Bangkalan, Pulau Madura disoal siasat selepas mengaku dirinya Imam Mahdi dan menipu pengikutnya dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan palsu membabitkan agama, lapor laman berita Suara.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @masjidpogungdalangan menunjukkan lelaki dikenali sebagai F itu disambut oleh orang ramai.
Skim penipuan tersebut menyasarkan pengikut-pengikutnya. Dia menawarkan perkhidmatan penebusan dosa, memanjangkan umur serta pembelian tiket ke syurga.
F turut mengancam bahawa akidah pengikutnya akan terbatal sekiranya mereka enggan membuat bayaran penebusan.










