KUALA LUMPUR: Sebanyak RM3.6 bilion bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan kepada penerima menerusi tiga fasa pembayaran setakat 22 Oktober lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata jumlah keseluruhan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA yang disalurkan kepada penerima layak mencecah hampir RM12 bilion.

"Hampir sembilan juta penerima sudah menggunakan bantuan SARA dengan nilai transaksi RM6.1 bilion, bersamaan kadar penggunaan 99.7 peratus.

"Bagi program SARA Untuk Semua pula, lebih 20 juta penerima sudah memanfaatkan bantuan berkenaan, dengan nilai transaksi RM1.9 bilion atau kadar penggunaan 92 peratus," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.