KOTA BHARU: Dua syarikat tempatan diberi lesen untuk menjalankan aktiviti pengeluaran Unsur Nadir Bumi (REE) di Kelantan, dengan operasi dijangka bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata syarikat berkenaan akan bekerjasama dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Proses penyelarasan akhir bagi mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dilaksanakan.

"Kita sedang mendapatkan kelulusan EIA daripada JAS. Kerajaan negeri mempunyai kaedah tersendiri untuk pemasaran hasil berkenaan.