ALOR SETAR: PAS mengesahkan akan bertanding di dua daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan untuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, baki lima kerusi akan ditandingi wakil GERAKAN dan WAWASAN.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan agihan kerusi DUN yang bakal ditandingi kedua-dua parti gabungan PN itu.

GERAKAN dan WAWASAN semua ada juga tempat mereka, yang PAS saya sahkan," katanya ditemui selepas merasmikan Program Siri Syarahan 'The Greater Kedah', di sini, hari ini.