Kuala Lumpur: Pemilihan laluan perlumbaan lebuh raya bagi Sukan SEA 2027 di Malaysia akan mengambil kira kekuatan dan kemampuan pelumba negara dalam usaha memburu pingat pada temasya dwitahunan itu, tahun depan.
Ketua jurulatih skuad lebuh raya negara, Yusof Nasir berkata, proses tinjauan laluan atau 'recce' sudah dilakukan minggu lalu, namun keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas pihaknya membawa pelumba terpilih menjalani kem latihan di laluan berkenaan.
Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan laluan yang dipilih benar-benar sesuai dengan kemampuan pelumba lelaki dan wanita negara, sekali gus memberi peluang terbaik kepada mereka untuk bersaing merebut pingat.
"Kita mencari laluan yang sesuai dengan pelumba kerana persiapan untuk Sukan SEA 2027 ini berdasarkan kekuatan yang kita ada ketika ini.










