KUALA LUMPUR – Hasrat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua.
Pada perlawanan yang berlangsung di Saarlandhalle, Jerman sebentar tadi, bekas pemain No.2 dunia itu terpaksa akur tewas menerusi aksi tiga set 11-21, 21-13, 14-21 kepada Kodai Naraoka dari Jepun.
Turun menentang pilihan kelima kejohanan, Zii Jia bermula dengan langkah kurang baik apabila membenarkan pemain lawan untuk mendahului set pertama menerusi jurang mata cukup besar 15-7.
Walaupun cuba untuk mengejar, namun pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu tewas 11-21 dan mengalihkan fokus kepada aksi set kedua dalam misi mencari kemenangan.









