Itu antara respons netizen terhadap sebuah video yang memaparkan tindakan seorang individu yang dipercayai mencuri kabel di Bulatan Kampung Pandan semasa waktu kemuncak, petang tadi.
Menurut pengguna Threads dikenali sebagai @Hamzahazman, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 4.52 petang tadi.
“Curi kabel di Bulatan Kampung Pandan (dari RHB bank). Makin berani geng-geng ni,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati tindakan berkenaan mencetuskan kebimbangan mengenai keberanian individu terbabit yang seolah-olah tidak gentar melakukan kegiatan tersebut di kawasan awam.










