Kuala Lumpur: Atlet muaythai muda negara, Mia Nur Al-Amani Nashary menjadikan kejohanan SML Vol 5 The Finale 2026 sebagai medan menguji kemampuan sebelum membawa cabaran Malaysia ke Kejohanan Muaythai Remaja Dunia IFMA 2026 di Greece, bulan depan.
Mia, yang pernah meraih pingat emas di Bangkok, Thailand, selain gangsa pada Kejohanan Muaythai Remaja Asia dan Sukan Remaja Asia di Bahrain pada 2025, bakal beraksi pada kejohanan SML Vol 5 The Finale 2026 di Dewan Sri Siantan, Selayang, pada 31 Oktober dan 1 November ini.
Atlet itu berkata, dia tidak berdepan tekanan berlebihan kerana minat mendalam terhadap sukan berkenaan, selain mendapat sokongan padu daripada Persatuan Muaythai Selangor.
Menurutnya, persiapan menghadapi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia IFMA 2026 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 16 November di Greece juga berjalan lancar.









