Kuala Lumpur: Penyanyi Indonesia, Farel Prayoga, 16, memilih meneruskan kehidupan secara tenang sebagai remaja walaupun sedang berhadapan masalah dengan keluarga.

Difahamkan, Farel berasa kecewa apabila mengetahui aset miliknya berupa tanah dijual tanpa pengetahuan sekali gus terpaksa menanggung kerugian berjumlah 400 juta Rupiah atau hampir RM90,000.

Farel berkata, akibat permasalahan itu, dia sudah lama tidak berkomunikasi dengan keluarga, selain jadual kerjaya seninya yang padat termasuk aktiviti persekolahan.

"Hubungan saya dengan keluarga memang ada masalah, tetapi saya memilih meneruskan kehidupan selayaknya sebagai orang muda yang ingin gembira, selain sibuk dengan aktiviti nyanyian.