KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.71 mata atau 0.17 peratus kepada 1,611.16 daripada 1,613.87 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.57 mata kepada 1,614.44 dan bergerak antara 1,608.25 dan 1,625.46 pada sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 574 berbanding 443 manakala 559 kaunter tidak berubah, 1,301 tidak diniagakan dan 161 yang lain digantung.