KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Solar Fotovolta Terapung Empangan Chereh, di sini, bernilai RM850 juta.
Projek dibangunkan bersama antara Citaglobal Bhd, TIZA Global dan Abu Dhabi Future Energy Company (MASDAR), syarikat tenaga boleh baharu milik Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Projek solar terapung itu membabitkan kawasan seluas 600 hektar di atas permukaan air di empangan berkenaan yang dijadualkan bermula pada Januari tahun depan dan dijangka siap pada penghujung Mac 2028.
Al-Sultan Abdullah bertitah projek berkenaan memberi makna besar kepada Pahang dalam teknologi tenaga boleh baharu.










