JAKARTA – Dua pelajar lelaki sekolah menengah di Rote Ndao, wilayah Nusa Tenggara Timur mengundang perhatian orang ramai kerana pergi ke sekolah dengan menunggang kuda.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @tvoneofficial menunjukkan dua pelajar tersebut memasuki halaman sekolah sambil menunggang kuda.
Mereka terpaksa menunggang kuda kerana sukar untuk mendapatkan bahan api.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.









